Selamat datang ke Sistem OnPay untuk Cestovanie Travel Asia.
Periksa URL anda dan pastikan bahawa anda telah memasukkan URL yang betul.
DASAR PRIVASI (PRIVACY POLICY)
DIMILIKI OLEH CESTOVANIE ASIA GLOBAL (JR0177120-K) | KPK/LN: 6814
Tarikh Kuatkuasa: 15 JULAI 2025
Kami di Cestovanie Asia Global menghormati dan komited untuk melindungi privasi anda. Dasar Privasi ini menerangkan bagaimana kami mengumpul, menyimpan, menggunakan dan melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).
Kami mungkin mengumpul maklumat peribadi anda termasuk:
Nama penuh, nombor IC atau pasport
Alamat, nombor telefon, dan e-mel
Maklumat pembayaran (kad kredit/debit, FPX, e-wallet)
Maklumat perjalanan seperti tarikh penerbangan, destinasi, dan keperluan khas
Maklumat ini digunakan untuk:
Memproses tempahan pakej
Menghubungi anda untuk tujuan perkhidmatan pelanggan
Menghantar maklumat, promosi atau kemas kini berkaitan perjalanan anda
Pematuhan undang-undang dan tujuan audit
Kami mungkin berkongsi maklumat anda dengan:
Penyedia perkhidmatan seperti hotel, syarikat penerbangan, insurans, mutawwif
Sistem pembayaran, CRM dan platform komunikasi (contohnya WhatsApp API, OnPay, CHIP)
Kami mengambil langkah yang sewajarnya untuk melindungi maklumat peribadi anda melalui sistem enkripsi, firewall dan akses terhad.
Anda berhak untuk mengakses, mengemaskini, atau memadam maklumat peribadi anda. Anda juga boleh menarik diri daripada menerima promosi.
Laman web kami mungkin menggunakan "cookies" untuk meningkatkan pengalaman pengguna. Anda boleh menetapkan pelayar anda untuk menolak cookies.
Kami berhak mengubah Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa. Sebarang perubahan akan dimaklumkan melalui laman web kami.
Jika anda mempunyai sebarang soalan berkaitan dasar privasi ini:
Nama Syarikat: Cestovanie Asia Global (JR0177120-K)
Alamat: Suite 3, 216A Jalan Negara 2, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur.
E-mel: thecestovanie@gmail.com
Telefon: +6018 - 2299 - 646
Laman Web: www.cestovanietravelasia.com / www.cestovanietravelasia.onpay.my
Facebook/Instagram: Cestovanie Travel Asia
DASAR PEMULANGAN (REFUND POLICY)